Monday 11 January 2016

Kenapa Islam Galakkan Umatnya Berniaga?

Teks asal: 1❤Kelantan
Teks olahan: Hamidah Burham

Assalamualaikum dan salam sejahtera adik manis..

Entri kali ini khas untuk adik manis yang dah habis belajar dan tak tau nak kerja apa. Atau tengah tercari-cari profesion yang sesuai dengan adik manis.

Hari ni akak nak ajak semua adik manis merenung masa depan adik manis.

Pertama sekali akak nak tanya apa cita-cita adik manis?

Akak dulu cita-cita nak jadi arkitek tapi tak kedampaian sebab tak belajar lukisan huhu.

Kemudian akak ubah strategi, akak jadilah scientist. Hihi

Namun akak rasa selama hampir 10 tahun bekerja makan gaji sebagai scientist, akak rasa masih belum dapat mencapai apa yang akak nak dalam hidup.

Akak minat bidang jahitan, jadi akak gunakan skill dan minat yang ada untuk memulakan perniagaan sambil bekerja.

Namun sampai kini akak tak nampak dengan jelas apakah tujuan utama kita berniaga. Sehingga lah akak terbaca artikel yang di copy paste daripada seorang rakan ke whatsapp akak.

Artikelnya seperti berikut:
>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Kenapa nabi s.a.w berniaga?

Sunnah? Nak kaya?

Nak tahu kenapa Islam menggalakkan umatnya berniaga?

Bukan sebab nak kaya. Tetapi sebab berniaga itu adalah suatu tarbiyyah. Tarbiyyah tentang kehidupan, kemudian mendekatkan diri menuju Tuhan.

Nabi s.a.w berniaga di usianya muda. Di usia 20 an. Dan nyata pada usia itu baginda masih belum dilantik menjadi Rasul. Jadi jelasnya kerja2 dakwah baginda tidak dibuat secara terang.

Orang yg berniaga ini tawakkal mereka sebenarnya lebih tinggi. Sebab mereka tidak tahu bila rezeki dalam berbentuk wang akan dapat. Mereka hanya akan buat kerja dan terus usaha. Dan tawakkal mereka mutlak pada Allah taala sahaja.

Kemudian apa?

Kemudian dalam berniaga mereka akan berjumpa dan melihat pelbagai ragam manusia, mereka akan kenal ramai orang ternama dan biasa. Di sini dalam konteks dakwah, nabi s.a.w akan belajar bagaimana untuk melihat ragam manusia dalam usaha dakwahnya sesudah dilantik menjadi rasul.

Kemudian lagi apa?

Ukhwah dan silaturrahim. Mereka akan kenal banyak orang baru dalam hidup mereka. Baik islam mahupun bukan Islam. Dan ukhuwwah akan terjalin, atas asbab perniagaan. Sebab itu dalam berniaga perkara pokok yg perlu dijaga ialah ' good contact ', masyarakat cina sangat menjaga hubungan ' good contact ' mereka. Dalam konteks dakwah nabi s.a.w, ' good contact ' digunakan dalam usaha dakwah baginda kelak. Mereka akan melihat keluhuran dan kejujuran baginda. Jika produk yg dibawa itu adalah dari buatan manusia pun sudah dijual dgn jujur, pastilah produk dari langit juga akan disampaikan dgn jujur. Apa produk itu? Iman dan Islam.

Kemudian pula apa lagi?

Berniaga akan bawa diri kita merentas pelbagai medan seantero dunia. Dengan berniaga kita akan melihat kepelbagaian budaya, dan akan terhasil idea untuk mnghasilkan produk yg terbaik. Contohnya goreng pisang cheese. Produk itu sudah lama wujud di Indonesia, kemudian dicipta dan dijual di Malaysia.Dan dalam konteks dakwah nabi s.a.w, baginda kerap berdagang ke sana ke mari, dan melihat kepelbagaian ragam manusia. Sewaktu muda, baginda menimba pengalaman bercampur pelbagai golongan manusia. Baginda tidak menilai manusia dari luaran. Sebab itulah dakwah baginda sampai ke setiap lapisan masyarakat. Tua dan muda, miskin dan kaya, hamba dan raja, lelaki dan wanita.

Perniagaan adalah satu tarbiyyah terbaik. Terbaik untuk mendidik jiwa anda dan belajar matlamat asal kehidupan. Perasaan tawakkal dan syukur paling banyak dalam jiwa orang yg berniaga.

Ramai antara kita membaca kisah sesudah nabi s.a.w menjadi rasul iaitu diusia baginda 40 tahun. Namun ramai yg tidak tahu apa yg baginda buat sewaktu usia muda.

Ketahuilah, baginda bukan duduk bersahaja. Baginda ditarbiyyah pelbagai cara. Salah satunya jalan perniagaan. Baginda bercampur dengan pelbagai jenis manusia untuk belajar mengenali umatnya. Baginda merantau untuk mendekati kepelbagaian manusia.

Oleh itu, sunnah dalam perniagaan bukanlah mesti kaya. Kerana sunnah dalam perniagaan adalah tarbiyyah diri untuk menjadi hamba. Itulah cara Tuhan mengajar manusia.

Tingkatkan dalam hati rasa syukur dan tawakkal.

Sekiranya berniaga untuk kaya, maka tak perlu berniaga. Kerana berniaga nak kaya itu adalah kesilapan pertama.

Tetapi sekiranya berniaga untuk mencari nafkah dan berbakti memberi manfaat pada umat manusia, itulah matlamat asal perniagaan dalam agama.

Lupakah kalian pada sabda baginda, bahawa sebaik-baik umat nabi saw adalah yg memberi manfaat pada mukmin yg lain?

Sebenarnya konsep berniaga adalah memberi manfaat. Dan bukan nak kaya.

Berapa usia kita?

Contohi nabi s.a.w di usia kita.

Barulah ianya dipanggil mengikut sunnah.

Nak sayang nabi s.a.w? Kena tiru nabi s.a.w.

Sebab itu berniaga kena pegang 2 benda. Jangan malu dan jangan putus asa. Sebab dakwah juga tidak boleh malu dan putus asa. Barulah ia sunnah.

Aku juga pernah berputus asa berniaga. Tapi aku belajar rasa sakitnya jatuh, supaya kelak aku faham nikmatnya bangkit.

Sunnah itu bukan pada jubah, makanan atau pakaian.

Tetapi sunnah pada perlaksanaan.

Sholawatt...

Copy n paste
>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Ha..dah baca? Apa yang adik manis rasa? Lepas akak baca terus bersemangat nak teruskan bisnes secara full time tanpa toleh kebelakang.

Jadi kepada adik manis yang masih tercari-cari carier yang sesuai, berniagalah walaupun anda telah kaya dan bekerjaya. Berniaga tak semestinya kena berhenti kerja. Buat sambilan pun tak apa. Lama-lama dah confident boleh la ambil langkah seterusnya.

Ok adik manis..akak nak sambung jahit palazo pua kumbu sarawak, tempahan daripada pelanggan.

Kalau adik manis nak tempah atau nak beli palazo cotton lembut pua kumbu sarawak ni daripada akak pun boleh. Lihat entry akak sebelum ni untuk image palazo.

Kalau adik manis nak meniaga kain batik songket sarawak pun akak boleh bekalkan terus dari Kuching Sarawak.

Whatsapp akak 0163485790 (Hamidah @ Mid)

Friday 1 January 2016

Pola Seluar Kanak-Kanak Mudah

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum dan salam sejahtera adik manis..

Cuti sekolah bakal berakhir lagi sehari, pasti ibu bapa sedang sibuk menguruskan persiapan anak-anak yang bakal bersekolah hari Isnin 4Jan 2015 nanti.

Perbelanjaan pakaian sekolah anak-anak kini semakin meningkat, apa kata kita jahit sendiri mana yang termampu, boleh ringankan sedikit beban kewangan kan.

Baiklah hari ini saya ingin berkongsi dengan anda cara membuat pola seluar kanak-kanak secara mudah tanpa mengukur badan.



Caranya:

1. Sediakan kain berukuran 1 meter. Saya guna setengah meter untuk dapatkan sehelai seluar anak saya yang berumur 5tahun.

2. Lipat kain menjadi 2lapis secara mendatar

3. Lipat kain sekali lagi menjadi 2lapis secara menegak pula.(lihat gambar)

4. Ambil seluar anak anda yang selesa dan mengikut ukuran badannya sebagai contoh ukuran.

5. Letakkan seluar contoh tersebut diatas kain.

6. Bahagian pinggang yang bergetah perlu di anjakkan ke tengah sedikit sehingga kedudukan cawat menjadi lurus.

7. Lukiskan pola mengikut bentuk seluar dan tambahkan 1 1/4 inci basi di bahagian pinggang, 1/2 inci di bahagian keliling tepi dan 3/4inci di bahagian bawah seluar.

8. Gunting mengikut garis lukisan tadi

9. Siap untuk jahit. (Tutorial akan datang,inshaAllah)

Mudahkan? Tak perlu pening-pening nak ukur tolak campur bahagi lagi. Yang penting anda cuba yang mudah dahulu, dah jadi baru cuba teknik yang lebih mencabar. Hehe

Ok boleh? Boleh boleh anda boleh!

Ok tunggu next entry saya untuk tutorial cara jahitannya pula okeh.

Terima kasih..

Wednesday 25 November 2015

Palazo Pua Kumbu Lembut

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Assalamualaikum adik manis,

Kepada anda yang suka bergaya santai, selesa, dan mengikut syariah, cubalah palazo daripada kain pua kumbu sarawak yang lembut lemah gemalai ni. Sangat selesa dan mudah bergerak.


Seluar palazo ini bersaiz free size dan pinggang getah penuh. Sesuai untuk anda yang bersaiz S - L. Jika berminat dengan palazo kumbu ini hubungi saya 0163385790. (Whatsapp)

Tuesday 24 November 2015

Corak Batik Songket Borong 24 Nov 2015

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera adik manis..

Hari ni kita update blog melalui aplikasi Bloggeroid melalui telefon bimbit. Sangat mudah dan cepat untuk kita update blog beserta gambar. Kepada pemilik blog yang lain, boleh lah cuba aplikasi yang best ni. Anda boleh install melalui playstore di telefon bimbit anda. Macam ni barulah laju update blog kan.hehe

Ok kepada anda yang mencaru-cari bisnes sampingan yang tengah hot sekarang ni, ha cuba lah jual kain batik songket yang menawan ni. Pasti kawan-kawan anda rambang mata nak pilih.

Ini corak borong minggu ni ya. Sila jamu mata dan hubungi saya terus melalui whatsapp 0163385790 (Hamidah)











Corak Songket Borong Minggu Ini (24 Nov 2015)

Teks: Hamidah Burham
Foto: Koleksi peribadi

Assalamualaikum adik manis..

Lama kita tak update corak songket borong di blog ni ya. Saya update corak songket setiap minggu di fbpage midz couture (seperti gadget di sebelah).

Sebelum ni agak sukar untuk saya update dengan segera, memandangkan saya kena update info corak melalui laptop untuk saya upload gambar.

Tapi kini, sejak tahu menggunakan apps Bloggeroid di telefon bimbit, kerja saya menjadi lebih mudah dan cepat. Baru lah laju nak update blog..hihi.

Ok adik manis, ini corak borong minggu ni ya. Kepada yang berminat nak meniaga sambilan di tempat kerja atau di bazar, boleh borong kain batik songket daripada saya. Saya pos terus dari Kuching Sarawak sementara saya masih berada disini.hehe. Nanti kalau dah balik semenanjung tak dapat lah nak bagi service macam ni lagi huhu.

Ok darling, selamat menjamu mata dan hubungi saya terus melalui talian whatsapp 0163385790 (Hamidah)











Monday 16 November 2015

Blouse Kembang Serong Pua Kumbu

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Assalamualaikum adik manis..

Hari ni rasa berbunga-bunga sebab first time dapat jahit baju blouse ala Prof Muhaya yang kembang Serong kat depan tu..macam ni;



Dah lama saya perati pattern baju ni tapi tak dapat tangkap teknik tang digunakan. Akhirnya dapat juga ilham huhu.Alhamdulillah..

Saya suka pattern baju ni. Sangat selesa, kembang tapi nampak ada shape.

Material yang saya gunakan kali ini ialah kain cotton pua kumbu Sarawak. Sangat sejuk dan selesa serta serap peluh. Lepas basuh lagi syiok!

Nak cuba kain Pua Kumbu? Whatsapp saya 0163385790

Thursday 12 February 2015

Turun berat 8kilo dengan diet kalori

Turun berat 8kilo dengan diet kalori
============================

Memula macam tak pecaya. Tapi bila baju dan seluar asyik melondeh dan terpaksa cari saiz yang lebih kecil dan slim...maka terbukti berkesan!!!

Itulah kisah suami saya yang mengamalkan diet kalori selama 100hari.

Sebelum memulakan diet, dia seolah-olah tak percaya berat badan akan turun. Sebab dia memang sukar utk turunkan berat badan walaupun pernah diet tanpa nasi 2 minggu berturut-turut.

Alhamdulillah dengan cara diet kalori, berat badan suami makin hari makin menurun. Walaupun lambat, sekurang-kurangnya dia boleh bertahan menagamalkan diet dalam tempoh yang agak lama secara konsisten.

Diet kalori tidak menyeksakan. Makan apa saja cuma kena tahu apa dan berapa kuantiti yang kita makan. Contohnya satu hidangan makan tengahari boleh diambil sebanyak 500kcal (nasi segenggam150kcal,kari ikan 170kcal, sayur goreng 50kcal, telor goreng 130kcal)

Jika sudah biasa dengan nilai kalori, automatik kita akan ingat dan boleh agak berapa nilai kalori setiap hidangan.

Lagi satu perkara. Bila kita membiasakan diri dengan makan sedikit, perut akan kecil juga.nafsu makan pun terkawal..

Jom cuba