Monday, 11 January 2016

Kenapa Islam Galakkan Umatnya Berniaga?

Teks asal: 1❤Kelantan
Teks olahan: Hamidah Burham

Assalamualaikum dan salam sejahtera adik manis..

Entri kali ini khas untuk adik manis yang dah habis belajar dan tak tau nak kerja apa. Atau tengah tercari-cari profesion yang sesuai dengan adik manis.

Hari ni akak nak ajak semua adik manis merenung masa depan adik manis.

Pertama sekali akak nak tanya apa cita-cita adik manis?

Akak dulu cita-cita nak jadi arkitek tapi tak kedampaian sebab tak belajar lukisan huhu.

Kemudian akak ubah strategi, akak jadilah scientist. Hihi

Namun akak rasa selama hampir 10 tahun bekerja makan gaji sebagai scientist, akak rasa masih belum dapat mencapai apa yang akak nak dalam hidup.

Akak minat bidang jahitan, jadi akak gunakan skill dan minat yang ada untuk memulakan perniagaan sambil bekerja.

Namun sampai kini akak tak nampak dengan jelas apakah tujuan utama kita berniaga. Sehingga lah akak terbaca artikel yang di copy paste daripada seorang rakan ke whatsapp akak.

Artikelnya seperti berikut:
>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Kenapa nabi s.a.w berniaga?

Sunnah? Nak kaya?

Nak tahu kenapa Islam menggalakkan umatnya berniaga?

Bukan sebab nak kaya. Tetapi sebab berniaga itu adalah suatu tarbiyyah. Tarbiyyah tentang kehidupan, kemudian mendekatkan diri menuju Tuhan.

Nabi s.a.w berniaga di usianya muda. Di usia 20 an. Dan nyata pada usia itu baginda masih belum dilantik menjadi Rasul. Jadi jelasnya kerja2 dakwah baginda tidak dibuat secara terang.

Orang yg berniaga ini tawakkal mereka sebenarnya lebih tinggi. Sebab mereka tidak tahu bila rezeki dalam berbentuk wang akan dapat. Mereka hanya akan buat kerja dan terus usaha. Dan tawakkal mereka mutlak pada Allah taala sahaja.

Kemudian apa?

Kemudian dalam berniaga mereka akan berjumpa dan melihat pelbagai ragam manusia, mereka akan kenal ramai orang ternama dan biasa. Di sini dalam konteks dakwah, nabi s.a.w akan belajar bagaimana untuk melihat ragam manusia dalam usaha dakwahnya sesudah dilantik menjadi rasul.

Kemudian lagi apa?

Ukhwah dan silaturrahim. Mereka akan kenal banyak orang baru dalam hidup mereka. Baik islam mahupun bukan Islam. Dan ukhuwwah akan terjalin, atas asbab perniagaan. Sebab itu dalam berniaga perkara pokok yg perlu dijaga ialah ' good contact ', masyarakat cina sangat menjaga hubungan ' good contact ' mereka. Dalam konteks dakwah nabi s.a.w, ' good contact ' digunakan dalam usaha dakwah baginda kelak. Mereka akan melihat keluhuran dan kejujuran baginda. Jika produk yg dibawa itu adalah dari buatan manusia pun sudah dijual dgn jujur, pastilah produk dari langit juga akan disampaikan dgn jujur. Apa produk itu? Iman dan Islam.

Kemudian pula apa lagi?

Berniaga akan bawa diri kita merentas pelbagai medan seantero dunia. Dengan berniaga kita akan melihat kepelbagaian budaya, dan akan terhasil idea untuk mnghasilkan produk yg terbaik. Contohnya goreng pisang cheese. Produk itu sudah lama wujud di Indonesia, kemudian dicipta dan dijual di Malaysia.Dan dalam konteks dakwah nabi s.a.w, baginda kerap berdagang ke sana ke mari, dan melihat kepelbagaian ragam manusia. Sewaktu muda, baginda menimba pengalaman bercampur pelbagai golongan manusia. Baginda tidak menilai manusia dari luaran. Sebab itulah dakwah baginda sampai ke setiap lapisan masyarakat. Tua dan muda, miskin dan kaya, hamba dan raja, lelaki dan wanita.

Perniagaan adalah satu tarbiyyah terbaik. Terbaik untuk mendidik jiwa anda dan belajar matlamat asal kehidupan. Perasaan tawakkal dan syukur paling banyak dalam jiwa orang yg berniaga.

Ramai antara kita membaca kisah sesudah nabi s.a.w menjadi rasul iaitu diusia baginda 40 tahun. Namun ramai yg tidak tahu apa yg baginda buat sewaktu usia muda.

Ketahuilah, baginda bukan duduk bersahaja. Baginda ditarbiyyah pelbagai cara. Salah satunya jalan perniagaan. Baginda bercampur dengan pelbagai jenis manusia untuk belajar mengenali umatnya. Baginda merantau untuk mendekati kepelbagaian manusia.

Oleh itu, sunnah dalam perniagaan bukanlah mesti kaya. Kerana sunnah dalam perniagaan adalah tarbiyyah diri untuk menjadi hamba. Itulah cara Tuhan mengajar manusia.

Tingkatkan dalam hati rasa syukur dan tawakkal.

Sekiranya berniaga untuk kaya, maka tak perlu berniaga. Kerana berniaga nak kaya itu adalah kesilapan pertama.

Tetapi sekiranya berniaga untuk mencari nafkah dan berbakti memberi manfaat pada umat manusia, itulah matlamat asal perniagaan dalam agama.

Lupakah kalian pada sabda baginda, bahawa sebaik-baik umat nabi saw adalah yg memberi manfaat pada mukmin yg lain?

Sebenarnya konsep berniaga adalah memberi manfaat. Dan bukan nak kaya.

Berapa usia kita?

Contohi nabi s.a.w di usia kita.

Barulah ianya dipanggil mengikut sunnah.

Nak sayang nabi s.a.w? Kena tiru nabi s.a.w.

Sebab itu berniaga kena pegang 2 benda. Jangan malu dan jangan putus asa. Sebab dakwah juga tidak boleh malu dan putus asa. Barulah ia sunnah.

Aku juga pernah berputus asa berniaga. Tapi aku belajar rasa sakitnya jatuh, supaya kelak aku faham nikmatnya bangkit.

Sunnah itu bukan pada jubah, makanan atau pakaian.

Tetapi sunnah pada perlaksanaan.

Sholawatt...

Copy n paste
>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Ha..dah baca? Apa yang adik manis rasa? Lepas akak baca terus bersemangat nak teruskan bisnes secara full time tanpa toleh kebelakang.

Jadi kepada adik manis yang masih tercari-cari carier yang sesuai, berniagalah walaupun anda telah kaya dan bekerjaya. Berniaga tak semestinya kena berhenti kerja. Buat sambilan pun tak apa. Lama-lama dah confident boleh la ambil langkah seterusnya.

Ok adik manis..akak nak sambung jahit palazo pua kumbu sarawak, tempahan daripada pelanggan.

Kalau adik manis nak tempah atau nak beli palazo cotton lembut pua kumbu sarawak ni daripada akak pun boleh. Lihat entry akak sebelum ni untuk image palazo.

Kalau adik manis nak meniaga kain batik songket sarawak pun akak boleh bekalkan terus dari Kuching Sarawak.

Whatsapp akak 0163485790 (Hamidah @ Mid)

Friday, 1 January 2016

Pola Seluar Kanak-Kanak Mudah

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum dan salam sejahtera adik manis..

Cuti sekolah bakal berakhir lagi sehari, pasti ibu bapa sedang sibuk menguruskan persiapan anak-anak yang bakal bersekolah hari Isnin 4Jan 2015 nanti.

Perbelanjaan pakaian sekolah anak-anak kini semakin meningkat, apa kata kita jahit sendiri mana yang termampu, boleh ringankan sedikit beban kewangan kan.

Baiklah hari ini saya ingin berkongsi dengan anda cara membuat pola seluar kanak-kanak secara mudah tanpa mengukur badan.



Caranya:

1. Sediakan kain berukuran 1 meter. Saya guna setengah meter untuk dapatkan sehelai seluar anak saya yang berumur 5tahun.

2. Lipat kain menjadi 2lapis secara mendatar

3. Lipat kain sekali lagi menjadi 2lapis secara menegak pula.(lihat gambar)

4. Ambil seluar anak anda yang selesa dan mengikut ukuran badannya sebagai contoh ukuran.

5. Letakkan seluar contoh tersebut diatas kain.

6. Bahagian pinggang yang bergetah perlu di anjakkan ke tengah sedikit sehingga kedudukan cawat menjadi lurus.

7. Lukiskan pola mengikut bentuk seluar dan tambahkan 1 1/4 inci basi di bahagian pinggang, 1/2 inci di bahagian keliling tepi dan 3/4inci di bahagian bawah seluar.

8. Gunting mengikut garis lukisan tadi

9. Siap untuk jahit. (Tutorial akan datang,inshaAllah)

Mudahkan? Tak perlu pening-pening nak ukur tolak campur bahagi lagi. Yang penting anda cuba yang mudah dahulu, dah jadi baru cuba teknik yang lebih mencabar. Hehe

Ok boleh? Boleh boleh anda boleh!

Ok tunggu next entry saya untuk tutorial cara jahitannya pula okeh.

Terima kasih..

Wednesday, 25 November 2015

Palazo Pua Kumbu Lembut

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Assalamualaikum adik manis,

Kepada anda yang suka bergaya santai, selesa, dan mengikut syariah, cubalah palazo daripada kain pua kumbu sarawak yang lembut lemah gemalai ni. Sangat selesa dan mudah bergerak.


Seluar palazo ini bersaiz free size dan pinggang getah penuh. Sesuai untuk anda yang bersaiz S - L. Jika berminat dengan palazo kumbu ini hubungi saya 0163385790. (Whatsapp)

Tuesday, 24 November 2015

Corak Batik Songket Borong 24 Nov 2015

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera adik manis..

Hari ni kita update blog melalui aplikasi Bloggeroid melalui telefon bimbit. Sangat mudah dan cepat untuk kita update blog beserta gambar. Kepada pemilik blog yang lain, boleh lah cuba aplikasi yang best ni. Anda boleh install melalui playstore di telefon bimbit anda. Macam ni barulah laju update blog kan.hehe

Ok kepada anda yang mencaru-cari bisnes sampingan yang tengah hot sekarang ni, ha cuba lah jual kain batik songket yang menawan ni. Pasti kawan-kawan anda rambang mata nak pilih.

Ini corak borong minggu ni ya. Sila jamu mata dan hubungi saya terus melalui whatsapp 0163385790 (Hamidah)











Corak Songket Borong Minggu Ini (24 Nov 2015)

Teks: Hamidah Burham
Foto: Koleksi peribadi

Assalamualaikum adik manis..

Lama kita tak update corak songket borong di blog ni ya. Saya update corak songket setiap minggu di fbpage midz couture (seperti gadget di sebelah).

Sebelum ni agak sukar untuk saya update dengan segera, memandangkan saya kena update info corak melalui laptop untuk saya upload gambar.

Tapi kini, sejak tahu menggunakan apps Bloggeroid di telefon bimbit, kerja saya menjadi lebih mudah dan cepat. Baru lah laju nak update blog..hihi.

Ok adik manis, ini corak borong minggu ni ya. Kepada yang berminat nak meniaga sambilan di tempat kerja atau di bazar, boleh borong kain batik songket daripada saya. Saya pos terus dari Kuching Sarawak sementara saya masih berada disini.hehe. Nanti kalau dah balik semenanjung tak dapat lah nak bagi service macam ni lagi huhu.

Ok darling, selamat menjamu mata dan hubungi saya terus melalui talian whatsapp 0163385790 (Hamidah)











Monday, 16 November 2015

Blouse Kembang Serong Pua Kumbu

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Assalamualaikum adik manis..

Hari ni rasa berbunga-bunga sebab first time dapat jahit baju blouse ala Prof Muhaya yang kembang Serong kat depan tu..macam ni;



Dah lama saya perati pattern baju ni tapi tak dapat tangkap teknik tang digunakan. Akhirnya dapat juga ilham huhu.Alhamdulillah..

Saya suka pattern baju ni. Sangat selesa, kembang tapi nampak ada shape.

Material yang saya gunakan kali ini ialah kain cotton pua kumbu Sarawak. Sangat sejuk dan selesa serta serap peluh. Lepas basuh lagi syiok!

Nak cuba kain Pua Kumbu? Whatsapp saya 0163385790

Thursday, 12 February 2015

Turun berat 8kilo dengan diet kalori

Turun berat 8kilo dengan diet kalori
============================

Memula macam tak pecaya. Tapi bila baju dan seluar asyik melondeh dan terpaksa cari saiz yang lebih kecil dan slim...maka terbukti berkesan!!!

Itulah kisah suami saya yang mengamalkan diet kalori selama 100hari.

Sebelum memulakan diet, dia seolah-olah tak percaya berat badan akan turun. Sebab dia memang sukar utk turunkan berat badan walaupun pernah diet tanpa nasi 2 minggu berturut-turut.

Alhamdulillah dengan cara diet kalori, berat badan suami makin hari makin menurun. Walaupun lambat, sekurang-kurangnya dia boleh bertahan menagamalkan diet dalam tempoh yang agak lama secara konsisten.

Diet kalori tidak menyeksakan. Makan apa saja cuma kena tahu apa dan berapa kuantiti yang kita makan. Contohnya satu hidangan makan tengahari boleh diambil sebanyak 500kcal (nasi segenggam150kcal,kari ikan 170kcal, sayur goreng 50kcal, telor goreng 130kcal)

Jika sudah biasa dengan nilai kalori, automatik kita akan ingat dan boleh agak berapa nilai kalori setiap hidangan.

Lagi satu perkara. Bila kita membiasakan diri dengan makan sedikit, perut akan kecil juga.nafsu makan pun terkawal..

Jom cuba

Monday, 29 September 2014

Penawar Senggugut

Assalamualaikum pretty ladies...

Apa kabar hari ni? Saya doakan anda sihat. Pernah tak anda alami senggugut ketika haid? Mesti sakit kan? Saya dulu sebelum kawin memang kerap senggugut. Sampai sejuk kaki. Lps kawin pn kena jugak..seingat saya lepas besalin anak sulung baru ok sampai skrg. Alhamdulillah..


Errk!! Takkan la nak tunggu beranak satu baru hilang senggugut?? Huhuhu. Kalau rezeki cepat kawin dan dapat anak cepat, ok la kan..tp kalau sebaliknya, takkan nak tanggung sakit setiap bulan lama2...


Saya dulu masa senggugut hanya letak minyak panas dan urut kaki. Tp setiap bulan la nak lene buat macam tu.huhu.


Sekarang bila dah tak senggugut baru tau ada penawar senggugut rupanya..Mengikut feedback dari pelanggan2 saya yg alami senggugut dan haid tak teratur..mereka cakap lepas makan GLA COMPLEX SHAKLEE alhamdulillah datang haid pn tak perasan sebab tak sakit langsung...dia pn pelik sbb sejak dari sekolah sampai sekarang umur 42 tahun, stp kali datang haid mesti sakit senggugut yg teruk.


Semalam jiran saya pn oder 2 botol GLA COMPLEX, saya tanya apa masalah keaihatan dia sampai ambil 2 botol GLA stp 2bulan. Rupa-rupanya anak dia sorang senggugut teruk setiap bulan dan lagi sorang period tak teratur.


Alhamdulillah lepas ambil GLA 2bulan, hasilnya sangat memberangsangkan! Sakit senggugut hilang terus. Dan haid pn teratur setiap bulan. Sekarang jiran saya ni dah jadi pelanggan setia..syukur alhamdulillah, bukan sebab dapat pelanggan setia je, yang paling penting kita dapat bantu orang lain untuk menjadi lebih sihat. Apapun setiap penykit ada penawar cuma semua atas izin Allah samada nak sembuhlan atau tidak. Kita cuma berikhtiar kan.


Jika anda berminat nak cuba atasi masalah senggugut dan haid tidak teratur, boleh hubungi saya 0163385790.

Ok setakat ni dulu perkongsian saya. Sampai jumpa lagi..

Assalamualaikum.

Thursday, 10 July 2014

Macamana nak atasi gemuk air?

Salam slim.

Biasa dengar gemuk air? Apa tanda2 nya.

Gemuk air ni dpt dikenal bila bdn menggeleber dan isi lembik.

Cemana nk overcome?

Untuk kurangkan masalah gemuk air badan (termasuk peha) … secara ringkas:

1)Kurangkan garam
2)Lebihkan pengambilan serat
3)Minum lagi banyak air (well biar cukup. Jangan go overboard)
4)Bersenam/Peluh/Sauna
5) makan alfalfa shaklee ajen deuretik ( buang lebihan air dlm bdn)

Sumber: kevinzahari.com

Hubungi saya 0163385790

Midz
Pengedar shaklee anda

Monday, 7 July 2014

Atasi Bengkak Hati

Assalamualaikum.

Adakah anda berisiko penyakit bengkak hati?

APA ITU BENGKAK HATI / FATTY LIVER?

Fatty liver adalah gejala awal yang dapat menimbulkan masalah pada organ hati dan gangguan fungsi hati. Fatty liver merupakan pembengkakan hati yang disebabkan oleh adanya penimbunan lemak (Lipid) yang berlebihan di dalam sel-sel hati. Jika hati mengalami pembengkakan maka hati atau liver menjadi tidak berfungsi. Kemudian akan timbul gejala-gejala dari penyakit hati atau liver yang disebabkan oleh berbagai faktor penyebab.

APA PUNCA BENGKAK HATI?

penyebab pembengkakan hati ( fatty liver ), diantaranya :

1. Seseorang yang memiliki berat badan yang berlebihan / kegemukan (obesiti).

2. Menderita kencing manis (diabetes).

3. Efek sampingan dari pengambilan minuman beralkohol dan bersoda.

4. Efek sampingan dari pengambilan ubat-ubatan kimia.

5. Seseorang yang kekurangan gizi atau akibat dari diet rendah protein.

6. Akibat berlebihan mengambil vitamin A sehingga mengakibatkan tubuh mengalami keracunan vitamin A.

7. Fibrosis (bersamaan dengan kurang gizi).

8. Terlalu banyak mengambil makanan berlemak seperti makanan yang menggunakan banyak santan, makanan pedas, goreng dan makanan atau minuman yang banyak menggunakan bahan pengawet makanan.

Jangan risau...setiap penyakit ada ubat. Detox hati dengan DTX COMPLEX SHAKLEE. Disamping diet secara selamat dengan set sljm Shaklee. Bimbingan dan panduan diet kalori akan diberi utk anda yg menyertai kelab diet kalori saya.

Hubungi saya 0163385790 (whatsapp is available).

Sunday, 6 July 2014

Tips makan sahur

Saya nak kongsi tips utk sahur.

Dapatkan makanan yang tinggi kandungan seratnya kerana serat merupakan kunci yang melambatkan pencernaan makanan.

Makasnan berserat juga akan menahan insulin, iaitu hormon yang bertindak membawa masuk glukosa ke dalam sel, daripada dirembeskan terlalu cepat dan banyak. Ini menstabilkan proses penghadaman secara keseluruhan.

Sertakan juga dengan pengambilan protein kerana struktur protein yang lebih kompleks akan melambatkan lagi proses pencernaan.

Pilihlah protein yang rendah Biological value (BV) kerana lebih rendah nilai BV, maka lebih lambat protein itu diguna pakai oleh badan. Antara yang disyorkan ialah Ikan (83), Daging (80), Ayam (79), Casein (80), Soya (74) dan kekacang (49).

Jadi sesiapa yg dah ada ESP SOY Shaklee kat rumah tu bole minum masa sahur.

ESP SOY Shaklee mengandungi 2x daging, 4x telor dan 12x susu.

Cuba lah ESP SOY utk rasa puasa yg bertenaga.

Hubungi Midz 0163385790

Saturday, 5 July 2014

Kenapa berbuka dimulakan dengan kurma atau air?

Salam ramadhan.

Kepada anda yg tengah berdiet masa puasa ni, cuba amalkan tips kevinzahari ni dan fahami kenapa kita perlu makan kurma atau air dulu masa berbuka puasa.

"Elakkan makan makanan yang berat secara menerus kerana pada ketika ini badan berada pada fasa yang dikenali sebagai “Insulin Spike“.

Memandangkan paras glukosa dan insulin dalam darah sebelum ini adalah rendah dek kerana berpuasa. Ketika fasa ini, insulin akan dirembeskan dengan mendadak pada kadar yang banyak, untuk membantu transportasi glukosa ke dalam sel.

Ini mengakibatkan paras glukosa dalam darah jatuh kembali dengan mendadak, dan otak akan mula berfikir bahawa badan kekurangan sumber glukosa, sekaligus memberikan isyarat bahawa tubuh badan masih lapar dan memerlukan lebih makanan.

Ini akan mengakibatkan anda makan secara berlebihan kelak."- kevin zahari

Ok..dah faham? So..memula kita mulakan dengan minum air kosong atau makan 1 ke 2 biji kurma = sebiji kurma medjoul 65kal. . Kalau teringin nak makan kuih ambil sepotong. Kuih lapis sepotong =130kal.

Lepas solat baru makan nasi 1 cawan setengah =260kcal dan lauk ayam= 155 kal + sayur goreng =80 kal

Total kalori berbuka puasa = 755kal

Ok la tu. Sehari 1200kcal utk org perempuan berdiet dan 1500kal utk org lelaki. Yang lebih tu ambil masa bersahur.

Kalau nak tau lebih lanjut tentang diet kalori ..jom sertai kelab diet kalori Midz. Banyak info dan tips utk dikongsi bersama.

Hubungi 0163385790.

Ok selamat berbuka puasa.

Midz
Pengedar Shaklee Anda

Friday, 4 July 2014

KENAPA VIVIX LEBIH BAIK BERBANDING JENAMA LAIN??

 Vivix dikenali sebagai tonik anti penuaan.

Membantu memelihara kesihatan seperti penyakit cancer, diabetes, SLE, Sakit sendi, stroke, glaucoma dan mengekalkan keremajaan kulit.

Apa beza Vivix dgn produk lain dipasaran??

“...The answer to that question is really three-fold.

In the first place, the resveratrol in Shaklee’s Vivix a higher potency, higher purity preparation than many of the other resveratrol supplements products on the market.”- Dr. Stephen Chaney,

(a professor of biochemistry and nutrition at University of North Carolina – Chapel Hill, has authored over 80 published studies in scientific and medical peer-reviewed journals, and he teaches nutrition to medical students).

Hubungi saya 0163385790 utk tempahan vivix.

Thursday, 3 July 2014

Manfaat VIVIX

Apakah maanfat vivix yang terbukti keberkesananya?

Jawapan : Vivix terbukti berkesan untuk :

JANTUNG, HATI & DARAH.

[1] Menurunkan tekanan darah,
[2] Mengawal paras gula, bantu pesakit diabetes,
[3] Mencegah & kurangkan strok,
[4] Membantu pesakit jantung,
[5] Mengurangkan lemak dalam darah,
[6] Mengurangkan asma dan alergi
[7] Kesihatan sel

KANSER & TUMOR

[1] Melawan & mencegah kanser
[2] Anti keradangan
[3] Halang pertumbuhan tumor
[4] Membantu pulihkan sel rosak akibat kimoterapi

KESIHATAN SEKSUAL & HORMON

[1] meningkatkan tenaga
[2] meningkatkan hubungan intim
[3] meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma
[4] meningkatkan kesihatan prostat
[5] menstabilkan hormon estrogen
[6] membantu masalah mati pucuk

KESIHATAN EMOSI & OTAK

[1] anti-depresi
[2] Menguatkan ingatan
[3] Mencegah Alzheimer
[4] Membantu imsomnia

MATA, RAMBUT & TULANG

[1] Menguatkan tulang
[2] Bantu pulihkan arthritis
[3] Memperbaikki glaucoma & rabun
[4] Mengurangkan rambut uban dan keguguran rambut

ANTI-PENUAAN & KECANTIKAN

[1] Meningkatkan tenaga
[2] Memutih & mengurangkan pigmentasi
[3] Melambatkan penuaan
[4] Mengurangkan tanda penuaan dan kedut
[5] Memberikan kulit yang lebih tegang & gebu

Utk keterangan lanjut hubungi saya 0163385790

Tuesday, 1 July 2014

Apa itu Diet Kalori??

Saya makan sikit kadang2 tak makan nasi pun..kenapa berat tak turun turun??

Itu soalan biasa yg kita akan dengar daripada pengamal diet.

Tahukah uol, walaupun jumlah makanan yg diambil sikit tapi kalori makanan tersebut mungkin lebih tinggi daripada sepinggan nasi???

Contohnya:

Sepinggan Mee goreng kosong = 660kalori
Secawan setengah nasi putih + ikan berkuah dan sayur = 500 kalori

hehehe...

Jadi untuk diet yg berkesan tapi tak menyeksakan, uol perlu tahu berapa jumlah kalori yg uol ambil setiap hari disamping senaman kardio utk pembakaran kalori yg efficient.

Ini lah yg dinamakan diet kalori. makan sambil mengira heehe..

Jom sertai kelab diet kalori saya. terbuka kepada pelanggan Shaklee saya.

Hubungi saya 0163385790


Set Slim Shaklee Mengikut Bajet

Salam Ramadhan,

Amacam all, tak lama lagi nk raya. Baju yg tempah aritu dah tak muat ke? Bulan ramadhan ni adalah peluang utk uol berdiet. Pernah dulu suami saya pi jumpa doktor tentang masalah perpeluhan dia, doktor tu suh suami berdiet. Doktor cakap cara nk berdiet masa puasa, sahur makan banyak. buka mkn kurma ngan air pun cukup hihi. sabo je la. Tapi kalau uol gigih nk dpt figure idaman, try la.

Sekarang suami amik set slim shaklee utk bantu dia berdiet. Almaklum, tak larat nk mkn kurma je masa buka puasa. So saya beri dia lechitin utk sahur dan buka puasa. Selamat la lemak2 murtabak, mi goreng dan mi kari kegemaran suami tu hihi.

Set slim shaklee banyak pilihan, semua begantung pada bajet dan fungsi yg diinginkan.

Kalau tak tau nk pilih mana satu, call/sms/whatsapp saya 0163385790.


Thursday, 26 June 2014

Diet Kalori bersama Shaklee

Salam all,

Minum apa petang ni?

Kalau korang tengah diet, nak kurus bole je nak makan sedap2 tapi kena la cek berapa kalori setiap makanan tu supaya tak berlebihan.

cara nak tau berapa kalori setiap makanan camni.

Cek kat belakang bungkusan makanan tu. Macam biskut oat julies ni setiap hidangan ada 3keping = 130kalori.

Tak tau berapa kalori nak kena ambil setiap hari utk kurus?

Lawat web ni.

www.caloriecalculator.com

Tapi kalau dah diet pun tak kurus2 gak, tu tanda metabolisme rendah. Kalori lambat nak terbako. So makan la set slim shaklee..

Hubungi saya 0163385790






Saturday, 21 June 2014

Kalori Sekeping Pisang Goreng

Salam pretty ladies..

Petang2 camni kalau pekena pisang goreng dan teh tarik mesti best kan?

Tapi tau kah uol brp kalori yg terkandung dalam sekeping pisang goreng tu?

Jom kita congak2 berapa kalori utk minum petang rakyat Malaysia ni.

Sekeping pisang goreng = 170kalori
Kalau makan 5keping = 850 kalori
Tambah secawan teh tarik = 120kalori
Jumlah kalori= 970kalori!!!

Omangai banyaknya!!! Kalah kalori sepinggan nasi ngan kari ikan.hihi

Sehari badan kita mampu digest 1600kalori ke 2000 kalori je. Yg lebih tu akan disimpan sebagai lemak.

Sebelum nak diet kena tau apa yg kita nak makan. Bukan tak boleh makan..tapi bersederhana.okeh

Kalau nak tau banyak lagi tips diet bole sertai peraduan Kurus Raya bersama saya. Kurus dapat duit raya pn dapat.

Pm/whatsapp saya 0163385790

Midz
Pengedar Shaklee Anda

Thursday, 19 June 2014

Resepi donut gebu

Petang ni tak dapat nak suh cik abg diet. Sbb isteri ni dok terpikir nak wat donut. Lama dah tak mendonut.

Nak makan donut boleh. Sebiji cuma 200kcal je. Hehehe. Kalau makan 3biji =600kcal =sepinggan mi goreng hahaha.

So sesiapa nak diet tu agak2 la nak makan donut ye.

Kepada sesiapa yg nak gemukkan badan boleh makan donut. Disamping makan set gemuk shakle...(nanti kita citer set gemuk shaklee eh, pm saya pn boleh)

Ok ni resepi donut gebu saya..

Bahan2:

Bahan A
Sepeket yis mauripan
1 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar butter
1 sudu besar shortening
1sudu kecil cuka buah.
2sudu besar gula
200ml air suam

Bahan B
Sebiji telor
Sedikit garam

Bahan C
500g tpg gandum ayak.

Cara2:
Kacau semua bahan A. Biar sampai naik kembang dlm 20min.
Masukkan setengah tepung.
Masukkan bahan B yg telah dikacau
Kacau semua
Tambahkan tepung sedikit demi sedikit sambil uli sampai x letak kat bekas.
Canai. Bentukkan donut.
Goreng sampai kekuningan.

Letak la topping apa2. Coklat. Susu atau gula.

Okeh

Kalau uol nak join Peraduan Kurus Raya bersama MMC bole hubungi saya 0163385790. Banyak info menarik tentang diet dan pemakanan. Okeh bye..

Wassalam.



Tuesday, 17 June 2014

Resepi burger diet

Salam all,
Kepada uol yg buntu nk makan apa sbg ganti lunch atau dinner, meh try resepi ni. 

Resepi ni saya olah sendiri hasil idea dari resepi nugget diet saya sblm ni.



Asben saya mkn setengah jek. Dia ckp konyang.hihi. sbb daging burger tu saya buat tebal. Baru puas makan..

Jom tengok resepi ni.


Bahan2 roti diet:

1biji telor
2sudu bsr cream cheese
stgh sudu teh Baking powder
Stgh sudu teh soda bicarb

Cara:
Kacau rata dan kembang
Leperkn atas kuali non stick. Buat mcm pancake.
Dh kembang dan kekuningan angkat.

Bahan daging burger:

Daging ayam
1biji Telor 
Lada sulah
Garam
2 sudu bsr Oat. Cari yg mssak bkn segera.Klu cair tambh oat lagi sket
1sudu kecik cream cheese atau butter

Cara:
Gaul semua
leperkn atas pan sambil buat bentuk burger
Bakar atau goreng tanpa myk. 

Letak salad n tomato. Nk sapu mayonis setgh sudu kecik pn bole.

Selamat mencuba.